Get $25 free
loading...

KSSM, KSSR baharu dilaksanakan 2017, kata menteri

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan, pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.

mahdzir-upsr

KUALA LUMPUR: Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), yang sudah disemak semula, akan dilaksanakan pada 2017.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif berkenaan terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Beliau berkata kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

“Kurikulum ini memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan di samping memberi lebih penekanan kepada penyelesaian masalah, tugasan berasaskan projek, memperkemas mata pelajaran atau tema, dan melaksanakan pentaksiran formatif,” katanya dalam kenyataan di portal rasmi beliau malam tadi.

Selaras dengan itu, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah bagi meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu, katanya murid yang memerlukan bimbingan tambahan sudah dan akan terus mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di sekolah.

“Guru berkualiti dan kepimpinan berprestasi tinggi juga ditempatkan di sekolah bagi memastikan murid di seluruh negara dibangunkan secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata pelbagai isu pendidikan mewarnai 2016 yang merangkumi soal baik pulih sekolah hingga kepada isu pentaksiran antarabangsa yang mendapat perhatian ramai.

“Saya berterima kasih atas komen, kritikan dan cadangan mengenai pendidikan negara. Saya berpandangan sebarang komen yang dibuat, walaupun agak keras, adalah hasil keprihatinan semua pihak yang begitu mementingkan pendidikan berkualiti untuk anak kita,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...