Get $25 free
loading...

Kos MRT: BN yang bohong, bukan saya, kata Rafizi

Pasukan BN tidak mengambil kira unsur penting, iaitu pembinaan bawah tanah lebih mahal, kata naib presiden PKR

rafizi-bn-mrt

PETALING JAYA: Dituduh membohongi rakyat berkenaan kos projek MRT seluruh dunia, Rafizi Ramli berkata pasukan komunikasi strategik BN yang sebenarnya tidak jujur.

Naib Presiden PKR hari ini mempertahankan kiraan kos pembinaan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) 2.5 kali ganda lebih mahal berbanding Laluan 9 MRT Seoul, Korea Selatan.

Akauntan berkanun itu menjelaskan kiraannya menjalani proses penormalan bagi mendapatkan perbandingan dan gambaran yang lebih tepat.

Rafizi berkata kos MRT bawah tanah bagi setiap kilometer adalah 3 kali ganda lebih mahal berbanding MRT bertingkat, mengikut kajian Halcrow pada 2000.

Kos Laluan 9 MRT Seoul sepanjang 37.5km, yang dibina di bawah tanah, bersamaan kos laluan bertingkat 112.5km selepas kiraan menjalani proses penormalan.

“Kos setiap kilometer yang dinormalkan adalah AS$50.7 juta (RM227.41 juta),” katanya dalam kenyataan yang menunjukkan bagaimana beliau menghitung kos projek itu.

Bagi laluan MRT-SBK sepanjang 51km pula, dimana 80% bertingkat dan 20% bawah tanah, panjang yang dinormalkan akan menjadi 71km kerana 10km berada di bawah tanah, kata Rafizi.

Jika kos 10km itu 3 kali ganda lebih mahal, kos yang dinormalkan bagi setiap km laluan MRT-SBK adalah AS$110.2 juta (RM494.30 juta), katanya.

Rafizi turut memasukkan senarai sumber “sah dan rasmi” yang dipetik untuk kedua-dua projek terbabit.

“Bukankah satu penipuan dan kebodohan apabila pasukan komunikasi strategik BN cuba menipu rakyat Malaysia dengan membandingkan kos setiap kilometer MRT1 dengan pembinaan bawah tanah MRT Seoul Line 9 tanpa menjalankan proses normalisasi kos terlebih dahulu?

“Berdasarkan perkiraan jujur, jelaslah kos setiap km bagi MRT1 adalah 2.5 kali ganda kos bagi MRT Seoul Line 9,” katanya.

Pasukan BN membahagikan AS$5.7 bilion (RM25.57 bilion), iaitu keseluruhan kos laluan MRT Korea Selatan, dengan 37.5km untuk mendapatkan kos AS$152 juta (RM681.80 juta) untuk membina setiap kilometer laluan bawah tanah itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...