Get $25 free
loading...

Ketabahan Zarina Besarkan Anak Autism Buat Netizen Kagum

Para peminat mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar lelaki, Azal dan Azil yang menghidap penyakit Autism.

Meskipun sibuk berlakon, Zarina tetap menjaga sendiri anak kembarnya tanpa bantuan orang luar. Netizen yang mengikuti perkembangan harian Zarina di laman Instagram baru-baru ini melahirkan rasa kagum dengan semangat dan ketabahan pelakon itu dalam membesarkan anak-anak istimewa.

Dalam pada itu, komen-komen netizen tersebut semuanya berkait dengan kejadian Zarina dipukul anaknya yang tiba-tiba mengamuk ketika mereka berada di dalam kereta.

“Tengah drive kereta Azal pukul saya. Dia suruh saya berlakon buka tudung. Tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Saya kena sabar, sabar sabar. Anak saya tengah stress. Apa pun ibu tetap sayang Azal” coret Zarina.

Walau apapun, semoga Zarina terus diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menjaga dan memelihara anak syurga yang dianugerahkan Tuhan buat dirinya.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...