Get $25 free
loading...

Hanya Tuhan boleh tentukan haji mabrur, kata Asyraf

Sementara itu seorang ahli geostrategi berkata strategi Dr Mahathir untuk memburukkan kerajaan kali ini sebagai berbahaya.

asyraf

PETALING JAYA: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan ibadat peserta program haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mengundang kecaman daripada agamawan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan hanya Tuhan yang boleh menentukan sama ada ibadat haji peserta mabrur atau tidak.

“Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah,” kata Asyraf lapor Mingguan Malaysia hari ini.

“Jika Rasulullah pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan.”

Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Dr Mahathir mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang program khas haji perdana menteri-Yayasan 1MDB, tidak akan mendapat haji mabrur.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Asyraf berkata Dr Mahathir perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan termasuk dalam zaman kepimpinan beliau.

Dalam laporan yang sama, ahli geostrategi Azmi Hassan menyifatkan strategi Dr Mahathir untuk memburukkan kerajaan kali ini sebagai berbahaya.

“Lebih malang lagi dakwaan ini boleh memberi kesan dan gangguan kepada jemaah yang menyertai program berkenaan kerana ia berkaitan ibadat seseorang,” ujarnya.

Tiada kaitan wang 1MDB dengan haji mabrur, kata mufti

Haji tak mabrur guna duit 1MDB, kata Dr Mahathir


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...