Get $25 free
loading...

Astaghfirullah, doa Zuraida untuk Jamal selepas dituduh terlibat kegiatan haram

Jamal Md Yunos semalam mempersoalkan sama ada kekayaan Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin hasil daripada kegiatan judi haram di Ampang.

zuraida-jamal-sorry-1

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin hanya mampu beristighfar selepas ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan sama ada “kekayaannya” hasil daripada kegiatan haram di Ampang.

“Semoga Tuhan membalas dan memberinya hidayah,” kata Zuraida ketika dihubungi FMT.

Selepas “protes tuala” minggu lalu, Jamal semalam tampil berjubah dan berkopiah putih bersama 100 pemuda bermotor menyerbu 2 pusat perjudian sekitar Jalan Kosas, Ampang.

Jamal dalam sidang media selepas serbuan itu hairan mengapa pusat perjudian haram boleh berleluasa di Ampang, lalu mempersoalkan adakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditekan supaya memberi lesen kepada pengusaha judi haram.

Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata risikannya mendakwa pusat judi membuat bayaran kepada ahli majlis MPAJ, mendorongnya untuk mempersoalkan sama ada Zuraida dan Ketua Pemuda PKR Datuk Adam Rosly menerima manfaat daripada kewujudkan kegiatan haram di Ampang.

Zuraida berkata Jamal patut membuat laporan polis.

“Astaghfirullah…Saya tidak sepatutnya menjawab dakwaan yang langsung tidak islamik oleh seorang yang saya anggap sebagai munafik,” kata ketua wanita PKR itu.

Berhubung serbuan semalam, Zuraida mempersoalkan maklumat Jamal berhubung kewujudan pusat judi haram di Ampang, yang menurutnya terdapat sekitar 400 buah di situ.

“Mungkin Jamal sendiri kepala tempat haram sebab dia sendiri ada resort haram. Atau mungkin pelanggan tetap tempat itu, jika tidak mana mungkin dia tahu?” katanya lagi.

Zuraida sebelum ini memfailkan saman terhadap Jamal atas dakwaan memfitnahnya susulan insiden pergaduhan di Ampang, November lalu.

Exco Selangor: Terima kasih, Jamal


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...