Get $25 free
loading...

3,292 mangsa banjir di Terengganu dipindahkan

Sebanyak 43 pusat pemindahan dibuka di 6 daerah di negeri itu setakat jam 10 malam tadi.

banjir-terengganu

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,292 mangsa berbanding 2,031 pada petang semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 10 malam tadi, terdapat 10 pusat pemindahan baharu dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 43 di 6 daerah negeri itu.

Pemangku pengarah JKM Terengganu Rusmi Mahmood berkata sehingga kini sejumlah 993 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal pagi tadi.

“Hulu Terengganu adalah daerah yang paling terjejas di mana 1,936 mangsa daripada 666 keluarga dipindahkan ke 21 pusat penempatan sementara yang disediakan.

“Ini diikuti daerah Marang (395 mangsa daripada 99 keluarga), Kemaman (380 mangsa daripada 84 keluarga), Besut (282 mangsa daripada 69 keluarga), Setiu (217 mangsa daripada 56 keluarga) dan Dungun (82 mangsa daripada 19 keluarga),” katanya kepada Bernama.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...